Jun 13

Jom Beramai-ramai ke KARNIVAL KOMUNITI SEPANG 2016

Logo KKS2016

3 September 2016 (Sabtu)

Mini Stadium Bandar Baru Salak Tinggi, Daerah Sepang

  • 8.00 pagi  – 6.00 petang
  • Anjuran Bersama :MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
    &
    POLIS DIRAJA MALAYSIA

    KKS 2016 merupakan karnival di bawah Program Bandar Selamat dan Program Agenda 21 (Local Agenda 21).  Karnival Komuniti Sepang 2016 @ KKS2016 yang julung kali diadakan oleh Majlis Perbandaran Sepang ini berteraskan komuniti iaitu Kepolisan Komuniti (Policing Community), Komuniti Rendah Karbon (Low Carbon Community), Komuniti Bebas Denggi, Komuniti Usahawan Desa dan seumpamanya. FOKUS @KKS2016 adalah untuk mendekatkan komuniti dengan Pihak Berkuasa melalui Program LA21 dan Program Bandar Selamat.

    image

    PELBAGAI ACARA DISEDIAKAN.

     

    Persembahan Oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) :
    #Acara Kawad T-Baton,
    #Persembahan daripada Unit Anjing Pengesan PDRM (K9),
    #Showcase Kereta Perisai
    #Kemunculan ‘Peace Lady’ @ Amanita PDRM
    #Kemunculan Unit Berkuda PDRM
     Hot Air Baloon
    (7.00 pagi – 10.00 Pagi)

     Sukaneka Rakyat 
    (9.00 pagi – 11.00 pagi)

     

     Pertandingan Rekacipta Barangan Terpakai @ Kitar Semula Peringkat IPT, Sek Menengah & Sekolah Rendah
    (Kolaborasi dengan Kerajaan Negeri Selangor & Hartalega Sdn Bhd)
    (9.00 pagi – 1.00 Petang)

     

      Pertandingan Kadet Remaja
    (Kolaborasi dengan Hartalega Sdn Bhd)
    (9.00 pagi – 1.00 Petang)

     

     Demonstrasi Pertahanan Diri ‘Elak Jadi Mangsa’ oleh ‘Kick Academy’
    (2.30 Petang – 4.30 petang)

    50 Booth (Pameran oleh Pemaju Hartanah, Gerai Jualan Pelbagai Produk ‘Smart Homes’ / Sistem ‘Security’ / Produk IKS / Pameran IG )

    Aneka Gerai Jualan Makanan

     

    Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

     

    – Kemunculan Super Hero (Captain Amerika & Iron Man)
    (2.00 Petang & 5.00 Petang)

    50 Cabutan Bertuah untuk para pengunjung karnival

     

    Permainan Kanak-kanak @ Supa Dupa / Flat Bed

    Lain-lain aturcara akan dimaklumkan dari semasa ke semasa..

    Sebarang pertanyaan dan penyertaan Karnival ini, sila hubungi pihak penganjur utama iaitu :
    Unit Mampan dan Pelaburan,
    Jabatan Perancangan Bandar,
    Majlis Perbandaran Sepang
    Tel : 03-83190373 (Puan Farhana, Puan Nurul & En Adham)
    email : la21sepang@gmail.com

Dec 01

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Program Bandar Selamat Majlis Perbandaran Sepang

Selamat datang ke laman web rasmi Program Bandar Selamat peringkat Majlis Perbandaran Sepang. Laman web ini diwujudkan bagi meningkatkan kesedaran kepada orang awam, agensi kerajaan dan sektor awam supaya dapat berkolaborasi bagi melaksanakan program bandar selamat. Sebanyak 23 langkah pencegahan jenayah telah disenaraikan pada tahun 2004 untuk dilaksanakan. Walaubagaimanapun, pada tahun 2010, 23 langkah tersebut telah disenarai kepada 15 langkah sahaja.

Program Bandar Selamat telah dilancarkan sejak tahun 2004. Jawatankuasa Bandar Selamat peringkat Majlis Perbandaran Sepang ditubuhkan pada tahun 2007. Ia ditubuhkan selepas Majlis Daerah Sepang dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Sepang pada tahun 2005. Justeru itu, sebagai persediaan ke arah pembangunan yang semakin rancak, maka pihak MPSepang telah menubuhkan Jawatankuasa Program Bandar Selamat.