↑ Return to Pengenalan

Objektif

Penubuhan Jawatankuasa Program Bandar Selamat MPSepang adalah diperlukan berdasarkan kepada faktor-faktor berikut :

 

  • Menyelaras dan memantau Program Bandar Selamat di MPSepang melalui perlaksanaan langkah-langkah pencegahan jenayah dengan kerjasama daripada pelbagai pihak yang terlibat seperti jabatan dalaman MPSepang, PDRM serta NGO yang berkaitan ;
  • Menyelaras pelaporan Program Bandar Selamat kepada JPBD, KPKT dan KDN setiap bulan seperti yang telah ditetapkan ;
  • Menyelaras peruntukan daripada pihak KPKT dalam melaksanakan langkah-langkah Bandar Selamat di kawasan Majlis ;
  • Meningkatkan keberkesanan perlaksanaan Program Bandar Selamat dengan cadangan penambahbaikan dan maklum balas daripada semua pihak yang terlibat ;
  • Meningkatkan kefahaman mengenai perlaksanaan Program Bandar Selamat di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.