↑ Return to Pengenalan

Bidang Kuasa

 

  1. Mengkaji dan mengesyorkan kepada Majlis langkah-langkah berhubung dengan pencegahan jenayah jalanan dalam Program Bandar Selamat di lokasi-lokasi tumpuan jenayah ;

 

  1. Mengkaji dan mengesyorkan kepada Majlis program dan inisiatif lain bagi mempertingkatkan tahap keselamatan sesuatu kawasan ;

 

  1. Mendapatkan maklum balas daripada jabatan dalaman serta agensi luaran mengenai status dan pencapaian perlaksanaan langkah-langkah pencegahan jenayah di kawasan MPSepang ;

 

  1. Melaporkan status perlaksanaan Program Bandar Selamat kepada pihak JPBD, KPKT dan KDN setiap bulan mengikut format yang telah ditetapkan;

 

  1. Menyelaras peruntukan yang disediakan oleh pihak KPKT dan KDN dalam melaksanakan langkah-langkah Bandar Selamat di kawasan Majlis ;

 

  1. Mengkaji dan melaporkan taburan kejadian jenayah di kawasan majlis seperti lokasi, jenis jenayah, kekerapan dan sebagainya ;

 

  1. Mengkaji dan membincangkan mengenai kejadian-kejadian jenayah terkini yang berlaku di kalangan penduduk dan mengesyorkan langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian ; dan

 

  1. Mengkaji dan mengemas kini pemetaan kawasan kejadian jenayah dengan mengguna pakai aplikasi GIS (Geographical Information System) bagi mengenal pasti trend dan perubahan kejadian jenayah dari masa ke semasa.